IMUNITI




Sistem imun adalah sekumpulan sel, molekul dan organ. Suatu organisasi kompleks yang meliputi sel darah putih, tulang sum-sum, antibodi dan kelenjar timus.


Ianya membentuk:
  • Bahagian yang boleh dilihat seperti kulit, hidung, paru-paru, air liur, air mata, lendir dari mulut.
  • Bahagian yang tidak boleh dilihat seperti sel darah putih, antibodi, hormon, limpa, sistem limfa, sumsum tulang, timus dan sistem pelengkap.
Bahagian-bahagian ini bertindak sebagai sistem pelindungan kepada badan dengan menghalang sebarang pencerobohan bakteria, virus, kulat, cacing dan parasit-parasit lain yang cuba memasuki badan melalui hidung, mulut, kulit dan bahagian-bahagian lain badan yang terbuka.

Ianya melindungi kita melalui 3 kaedah:
  • Membentuk rintangan terhadap bakteria atau virus yang cuba memasuki ke dalam badan.
  • Mengesan bakteria dan menyingkirkannya terus dari badan (bakteria atau virus yang telah berjaya memasuki ke dalam badan tetapi belum mula menimbulkan masalah/membiak).
  • Memusnahkan/menyingkirkan bakteria atau virus yang mula menimbulkan masalah/membiak di dalam badan.                                                                                                                                                         



Faktor-faktor yang menyebabkan sistem imun tertekan:
  • Faktor-faktor persekitaran (pencemaran, asap, habuk).
  • Rawatan perubatan (vaksin, antibiotik, kemoterapi).
  • Gaya hidup yang tidak sihat (merokok, rehat yang tidak mencukupi, tekanan).
  • Tabiat pemakanan (makanan ringan, air bergas, ais krim, makanan berlemak).
Apabila sistem imun tertekan sehingga membawa kepada ketidakbolehan untuk berfungi secara normal, badan akan mudah diserang jangkitan sebarang penyakit dan juga rasa keletihan.

Sekiranya sistem imun kita kuat, kita tidak mudah mendapat penyakit dan jarang mendapat jangkitan dan serangan penyakit. Sekiranya kita jatuh sakit, sistem imun kita yang kuat akan membantu kita pulih dari sakit dengan cepat.


Panduan CAP: Sistem Imun
Persatuan Pengguna Pulau Pinang

 


No comments:

Post a Comment