AIR




Rawatan Air


Beberapa penyakit yang boleh disembuhkan melalui kaedah rawatan air.
  • Tekanan darah tinggi.
  • Pening-pening kepala.
  • Kencing manis.
  • Masalah usus.
  • Batu karang.
  • Kekurangan darah.
  • Masalah datang haid.
  • Sembelit.
  • Radang sendi.
  • Kegemukan.
  • Sakit-sakit sendi.

Kaedah Rawatan Air
  •  Pada awal pagi, selepas anda bangun dari tidur dan belum mengosok gigi. Teguk air dan biarkan air tersebut beberapa saat di dalam mulut, sebelum ditelan. Ini adalah bertujuan untuk memastikan air liur bercampur dengan air tersebut. Air liur mengandungi enzim yang penting buat badan. Jumlah air yang perlu diminum adalah sebanyak 2 gelas dan ke atas (1.5 - 2 liter). 
  • Minum air sekerap mungkin. Mengelakkan badan mengalami kekurangan air.
  • Sebelum makan tengahari dan makan malam, munumlah air sebanyak 1 - 2 gelas. Membantu kita mengelak terjadinya kes terlebih makan. 

Tanda-tanda kekurangan air
  • Bibir merekah dan kering.
  • Kulit dan rambut kering.
  • Cepat letih dan rasa tidak bermaya.
  • Air kencing berwarna kuning pekat. Menandakan akan kekurangan air yang diterima oleh badan.
  • Sembelit. Najis keras.

Waktu yang sesuai di dalam pengambilan air untuk mendapatkan kesan yang maksimum ke atas badan manusia.
  • 1 gelas air diambil, 30 minit sebelum makan. Membantu sistem penghadaman badan.
  • 2 gelas air diambil, selepas bangun tidur. Membantu mengaktifkan organ dalaman badan.
  • 1 gelas air diambil, sebelum tidur. Untuk mengelakkan serangan strok atau jantung.
  • 1 gelas air diambil, sebelum mandi. Membantu menurunkan tekanan darah.

Jaga gaya hidup!

______________________________________________


MANDI


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar

13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya:

Mengeluarkan racun: Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Stres:Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit: Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia: Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.


Jangan lupa mandi!

No comments:

Post a Comment