GOUT




Merupakan penyakit sendi yang tertua dan dikenali sebagai "Raja Penyakit" dan "Penyakit di kalangan Raja". Gout menyebabkan si penghidap mengalami kesakitan yang teramat dan mengganggu keupayaan untuk bergerak.

Ketika di zaman empayar Rom, ramai penghidapnya terdiri daripada golongan pemimpin ketika itu kerana gaya hidup yang mewah (makanan dan minuman).

Gout terjadi apabila garam asid urik yang berlebihan di dalam badan membentuk kristal umpama jarum di bahagian sendi tubuh. Bahagian-bahagian sendi yang terbabit kebiasaannya ialah sendi di bahagian ibu jari kaki, buku lali dan lutut.

Pengumpulan jarum kristal ini akan mengakibatkan pesakit mengalami radang sendi dengan gejala seperti pembengkakan, merah, panas, sakit, keras pada bahagian sendi yang diserang.

Pembentukan jarum kristal dinamakan sebagai tophi.

Asid urik adalah sejenis bahan kimia yang terbentuk daripada pemecahan purina (bahan-bahan buangan di dalam badan). Kebiasaannya, asid urik ini akan diserap ke dalam darah dan masuk ke dalam buah pinggang untuk disingkirkan melalui air kencing.

Jika penghasilan asid urik berlebihan atau buah pinggang gagal untuk menyingkirkan asid urik ini dengan kadar yang sepatutnya, maka secara tidak langsung paras kandungan asid urik di dalam badan akan meningkat. Apabila paras asid urik meningkat, maka pembentukan kristal terjadi. Diikuti dengan serangan gout.

Paras asid urik boleh meningkat di dalam badan sekiranya pesakit tersebut mengambil makanan yang tinggi kandungan purinanya (makanan laut, hati, kekacang, ikan bilis).

Faktor-faktor yang berkait dengan berlakunya gout adalah:

  • Genetik.
  • Obesiti.
  • Mengamalkan diet melampau.
  • Kurangnya minum air.
  • Pengambilan minuman keras.
  • Pengambilan makanan yang tinggi kandungan purinanya.
  • Pengambilan sesetengah ubat yang mengganggu keupayaan tubuh untuk menyingkirkan asid urik.

 Jenis ubat yang biasa diberikan kepada pesakit gout adalah:
  • Colchicine. 
  • Allopurinol.
  • Tahan sakit.
  • Bengkak/radang.

Selain makan ubat, pesakit gout disarankan untuk minum air dengan kuantiti yang banyak iaitu 2 hingga 3 liter sehari.




Tujuan meminum air di dalam kuantiti yang banyak adalah kerana untuk memastikan air kencing pesakit gout sentiasa di dalam keadaan cair. Kerap berulang alik ke tandas adalah suatu perkara yang baik kerana berlakunya proses penyingkiran garam (di dalam kuantiti yang tinggi) daripada badan.



Minumlah air.
 


No comments:

Post a Comment